Program Pensiswazahan Guru (PPG)

**Offer Letters from Kirkby International College**

Available from 25th September 2013

If you are have been offered a place on the Program Pensiswazahan Guru with Kirkby International College, you will be able to download your offer letter from our secure site. Click the image below to go to our secure learning management system.

Please use your IC number for your User Name.

The password for the website is kic123.

You will be asked to change your password once you have logged in. Please remember to write it down and if you need any help with logging in please email our LMS administrator – alex@kirkby.edu.my

**Offer Letters from Kirkby International College**

PENGENALAN PROGRAM

Program Pensiswazahan Guru (PPG) di bawah Kementerian Pelajaran Malaysia merupakan program yang diwujudkan untuk mencapai sasaran Rancangan Malaysia Ke 10 untuk memastikan 60% guru di sekolah rendah dan 90% guru di sekolah menengah adalah berkelulusan Ijazah Pertama menjelang tahun 2016. Program ini ditaja sepenuhnya oleh Kementerian Pelajaran Malaysia.

PELAKSANAAN PROGRAM DI KIC

1.  Mod PJJ dengan tiga bentuk kaedah pembelajaran iaitu pembelajaran berasaskan modul, interaksi bersemuka dan pembelajaran secara atas talian (online learning). Interaksi bersemuka hanya diadakan pada hujung minggu sebanyak 6 atau 7 kali untuk satu semester  bagi Pusat Pembelajaran di Semenanjung Malaysia.
2. PJJ  menggunakan  kaedah mod pedalaman bagi pusat pembelajaran di Sabah dan Sarawak (Interaksi bersemuka secara intensif dalam masa seminggu semasa cuti sekolah)
3.  Tempoh pengajian ialah selama 4 tahun (8 semester) dan setelah tamat pengajian para peserta program akan dianugerahkan Ijazah Sarjana Muda Pendidikan (Sekolah Rendah) Dengan Kepujian.
4. Program yang ditawarkan di Kolej Antarabangsa Kirkby ini menjalinkan kerjasama dengan Universiti Pergurusan Sultan Idris (UPSI) melalui modul yang digunakan serta penganugerahan sijil daripada UPSI.

SYARAT KEMASUKAN

Program Pensiswazahan Guru ditawarkan kepada guru-guru sekolah rendah yang merupakan Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Bukan Siswazah (PPPBS).
 Antara syarat kelayakan untuk mengikuti program ini adalah seperti berikut:
  • Warganegara Malaysia
  • Memiliki Diploma Pendidikan / Perguruan atau Sijil Perguruan
  • Telah mendapat surat pengesahan perkhidmatan/jawatan
  • Tidak berdaftar dengan mana-mana institusi pengajian sebagai pelajar sepenuh masa / separuh masa / sambilan dengan tajaan KPM
  • Sihat fizikal dan mental
  • Bebas dari tindakan tatatertib

OBJEKTIF PROGRAM

Melahirkan guru berkelulusan Ijazah Sarjana Muda Perguruan dengan Kepujian.

BIDANG PENGAJIAN

Program Ijazah Sarjana Muda Pendidikan (Sekolah Rendah) Dengan Kepujian yang ditawarkan di Kolej Antarabangsa Kirkby ialah dalam bidang:
  • Bahasa Inggeris
  • Pendidikan Islam
  • Bahasa Melayu
  • Bahasa Cina
  • Bahasa Tamil
  • Matematik

 

Untuk mendaftar bagi Program Pensiswazahan Guru, sila klik di sini.

 

Untuk maklumat lanjut mengenai program ini, sila hubungi 03-8318 2411 (Pn. Sabariah).