CHARMING KIDS FIESTA

CHARMING KIDS FIESTA

Events name : CHARMING KIDS FIESTA

PENGENALAN

Charming Kids Fiesta KIRKBY 2016 merupakan satu program besar yang buat julung kalinya diadakan pada tahun ini oleh pelajar-pelajar yang mengambil kursus Pendidikan Awal Kanak-Kanak. Charming Kids Fiesta Kirkby 2016 terdapat dua aktiviti yang diadakan di sekitar kawasan KIRKBY dimana aktiviti luar dan dalam dewan Liverpool . Bagi aktiviti dalam dewan Liverpool, kanak-kanak perlu bermain dalam menyelesaikan tugasan di setiap checkpoint untuk mendapatkan klu seterusnya daripada fasilitator (pelajar KIRKBY). Aktiviti ini mengandungi lima checkpoint. Aktiviti yang disediakan kebanyakannya menguji kepantasan fizikal, menguji minda dan kepekaan kanak-kanak antaranya seperti kanak-kanak perlu bermain sambil memegang sudu yang mempunyai bola ping-pong, meniupkan belon yang disediakan, berjalan sambil kaki diikat, menyelesaikan ‘bowling’ botol, dan mengisi air dalam botol. Setiap kanak-kanak  perlu berjalan dalam kumpulan untuk pergi ke ‘checkpoint’ yang seterusnya dengan dibimbing oleh sebilangan pelajar KIRKBY. Bagi aktiviti dalam dewan Liverpool pula seperti persembahan menyanyi atau nasyid dan hafazan serta mempunyai sudut untuk kanak-kanak bermain dan mendapat ganjaran contohnya, sudut mewarna, bermain air untuk mendapatkan itik mainan, bermain bersama puppet serta memecahkan belon.

1.0            MISI

Menjadikan kanak-kanak sebagai generasi yang mempunyai sifat kemajuan dalam diri, kepimpinan, patriotik, bertanggungjawab dan menyumbang kearah kemajuan negara sebagai persediaan mewarisi kepimpinan negara pada masa hadapan.

2.0            MATLAMAT

Melatih kanak-kanak untuk bekerjasama antara ahli dalam kumpulan masing-masing serta memupuk minat kanak-kanak itu sendiri dalam meneroka aktiviti yang disediakan. Selain itu, meningkatkan keyakinan diri serta meningkatkan tahap kemajuan kanak-kanak tersebut dari segi bahasa, intelek, fizikal, dan sosio emosi .

 

3.0            OBJEKTIF

3.1            Menyedarkan dan mempromosikan kepada orang ramai tentang Kolej Antarabangsa KIRBY melalui subjek kokurikulum .

3.2            Menggalakkan interaksi antara pelajar KIRKBY dengan masyarakat tempatan di mana menigkatkan cara komunikasi yang betul di antara mereka .

3.3            Menjadikan generasi kanak-kanak yang mempunyai sifat kemajuan dalam diri, kepimpinan, patriotik, bertanggungjawab dan menyumbang kepada negara.

3.4            Menggalakkan perhubungan yang positif antara masyarakat tempatan dengan pelajar Kolej Antarabangsa KIRKBY.

3.5            Membina dan mengasah masyarakat yang kreatif dan inovatif dalam budaya dan program seni

3.6            Mendapat pengalaman yang bermakna daripada program ini di mana setiap ahli jawatankuasa mempunyai tugasan masing-masing.

 

4.0            TEMA

“Fairy Tales” tema ini dipilih kerana aktiviti yang kami sediakan berkaitan dengan kanak-kanak di mana dapat meningkatkan daya kreativiti dan imaginasi pada diri kanak-kanak. Malah, tema ini adalah secara menyeluruh dan kepelbagaian dalam hiburan serta fantasi kanak-kanak.

1 5 4 3 2 IMG_7679 IMG_7746 IMG_7758 IMG_7759 IMG_7789 IMG_7891 IMG_7916 IMG_7919 IMG_7928 IMG_7930 IMG_7931 IMG_7935 IMG_7936 IMG_7941 IMG_7942 IMG_8008